Memohon Pembantu Penyelidik/Research Assistant RA di Universiti

Assalamualaikum.

Sejak aku menjadi seorang pembantu penyelik atau lebih dikenali sebagai RA (Research Assistant) banyak soalan dari kawan-kawan secara verbal dan secara private message di facebook messenger dan whatsapp.
“Macamana boleh jadi RA, macamana mintak?, macamana kenal pensyarah kat sana, berapa lama jadi RA?”.
Sebelum tu pembantu penyelidik adalah seorang pembantu kepada kerja-kerja penyelidikan di bawah kelolaan pensyarah ataupun ketua projek penyelidikan. Ada yang menjadi RA sambil membuat master projek yang sama dan bagi kes aku jadi RA sahaja tanpa membuat master.

Selepas tamat first degree di UPM Serdang, aku nak mencuba nasib memohon RA di UMK Kampus Jeli di Kelantan. Degree aku Animal Science dan di UMK Kampus Jeli juga ada course yang sama, jadi lebih cerah lah peluang untuk ada projek berkaitan.



Aku ada kawan yang ambil course yang sama di sini, jadi aku minta tanyakan jika ada kekosongan RA, dan alhamdulillah ada. Kemudian aku jumpa dengan pensyarah untuk sesi informal interview dan terus isi borang. Kemudian tunggu universiti keluarkan surat tawaran, agak lama 3 bulan dari tarikh permohonan. 

Ada kawan yang juga bekerja sebagai RA  di UPM sudah mula walaupun surat tawaran belum dikeluarkan, tapi aku tak berani nak ambil risiko mula awal, jadi tunggu sehingga ada surat tawaran baru mula. Surat tawaran pembantu penyelidik aku berstatus sementara, selama setahun dari bulan surat tawaran dikeluarkan.

Itulah kisah aku.
1. Cari bidang yang berkaitan dengan diploma/degree, sebab projek yang akan dibuat memerlukan seseorang yang ada ilmu asas mengenai bidang projek. Senang untuk seorang RA dan pensyarah. Tapi kalau sanggup belajar dari asas, insya’Allah biasanya boleh, atas perbincangan.
2. Bila dah tahu bidang apa, cari universiti mana yang ada bidang tersebut yang anda prefer. Paling mudah tanyakan pensyarah di jabatan/fakulti tempat belajar dulu jika projek yang memerlukan research assistant. Senang sebab sudah bidang yang sama. Jika ada teruskan perbincangan dengan pensyarah, samaada perlu hantar resume, perlu interview ataupun terus mengisi borang permohonan.
3. Iklan. Jarang ada iklan kekosongan pembantu penyelidik kepada umum, biasanya diwar warkan di peringkat jabatan/fakulti sahaja. Kalau ada pun biasanya mencari pelajar master di bwah geran projek. Tapi boleh cuba google, kalau ada di mana-mana universiti.  
4. Rajinkan diri cari iklan kekosongan di laman web fakulti, di sesetengah universit, jawatan RA diiklankan di laman web fakulti. Jika ada, email pensyarah dan tanyakan status RA tersebut jika ada kekosongan ataupun tidak (in case lama web tidak diupdate) dan tanyakan jika boleh jadi RA sahaja ataupun perlu membuat master di bawah projek tersebut. 
5. Kalau tidak ada kekosongan/tidak berkaitan/perlu buat master untuk jadi RA (anda mahu RA sahaja), tanyakan pensyarah tersebut jika ada kekosongan RA di fakulti itu. Mungkin pensyarah tersebut tahu jika kawan-kawanya ada geran projek dan memerlukan RA. 
6. Tanya kawan-kawan di universiti lain, kalau-kalau ada kekosongan.
Itu sahaja tips dari aku, selamat berjaya.


^^V

1 comment:

  1. saya pelajar graduan dari kos perladangan .saya mahu cari RA,tetapi dh bukak laman web Uni lain.Mcm tkde.ade tahu x kwn2 yang tahu lecturer yg masih kosong utk RA di UPM?
    terim kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...