Kelebihan Asasi Sains Pertanian UPM Berbanding Matrikulasi

Assalamualaikum.

#Artikel daripada blog lama, insya’Allah dimuatkan disini untuk panduan =)

Dulu abang (kata ganti diri yang sesuai. hehe) mendapat dua tawaran selepas SPM, Asasi Sains Pertanian (ASPer) di UPM melalui UPU dan Matrikulasi di Changlung, Kedah. Alhamdulillah, abang pilih ASPer dan ASPer adalah pilihan yang tepat dengan diri abang.

Perbezaan yang ketara antara ASPer dan Matrikulasi adalah Matrikulasi ada 2 semester dalam setahun dan ASPer ada 3 semester dalam setahun (ARUS PERDANA/KEMASUKAN SEPTEMBER). Tapi sambung degree sama dengan kawan-kawan di Matrikulasi juga. Dulu kami last batch kelima (2010), batch terakhir 3 semester dalam masa setahun setengah.


Sekarang Pusat Asasi Sains Pertanian UPM ada tiga aliran untuk Asasi Sains Pertanian UPM:

1. ASPer Arus Perdana (3 semester/setahun) – melalui UPU
2. ASPer Kemasukan September (3 semester/setahun) – melalui UPU
3. ASPer Laluan Pantas (8 bulan) – kemasukan dengan keputusan percubaan – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)/Sekolah Berasrama Penuh (SBP)/Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT).


APA KELEBIHAN DI ASASI SAINS PERTANIAN UPM?

1. Pembelajaran di Universiti. 
Pelajar ASPer akan tinggal di kampus UPM bersama pelajar degree di kolej kediaman. Jadi, pelajar ASPer akan terdedah dengan sistem pembelajaran peringkat degree di universiti. Jadi lebih senang untuk menyesuaikan diri semasa sambung degree nanti.

2. Dijamin 100% sambung degree di UPM. 
Permohonan ke degree tak perlu melalui UPU, permohonan melalui sistem UPM. Pelajar ASPer biasanya berpeluang untuk mendapat bidang pengajian yang dipohon untuk degree lebih tinggi. Kalau ikut UPU belum tentu lagi akan dapat universiti atau kursus yang dipohon. Persaingan di luar sangat tinggi.

Ini sangat membantu kalau target nak buat degree di UPM, terutamanya yang target untuk sambung Doktor Perubatan Veterinar. Kalau permohonan matrikulasi melalui UPU belum tentu dapat UPM.

3. Kalau ASPer tiada pilihan antara Physics/Biology, 
Kedua-dua memang kena ambik. Matrikulasi sekarang pun rasanya ada program yang perlu ambil kedua subjek. Ni penting untuk sambung ke degree. Boleh nampak kecenderungan ke mana selepas asasi dengan belajar fizik dan biology sekali.

4. Ada satu subjek pertanian di semester satu dan dua. 
Pertanian, errrr? Subjek ni sangat simple, cuma belajar konsep dan perkara asas sahaja. Memang best dapat sedikit ilmu mengenai pertanian ni, tak ada dah amali satu semester menanam sayur dan jagung macam kami senior dulu. Sekarang amali mingguan akan diadakan lawatan ke banyak lokasi dalam dan luar UPM. Ini lah benda paling best mengenai ASPer, dapat hilangkan stress dengan lawatan. Lepas tu, penuhlah gambar-gambar lawatan memenuhi News Feed Facebook ^^

5. Pensyarah sendiri buat soalan dan tanda
Di asasi pensyarah sendiri akan terlibat dalam menggubal soalan peperiksaan dan akan menanda kertas jawapan. Jadi lebih senang untuk mendapatkan sedikit tips dan panduan dan ulangkaji untuk peperiksaan daripada pensyarah yang mengajar.

6. Kalau ada masalah apa-apa berkaitan dengan pembelajaran, kewangan, etc?
Hubungi lecturers, staff pejabat Pusat Asasi Sains Pertanian kawan-kawan dan seniors anda. Tanyalah apa-apa kat senior, it’s their pleasure to help you. Tanyalah pasal pembelajaran di ASPer, buku-buku apa yang perlu dibeli, ataupun boleh mintak buku/nota-nota/soalan tutorial daripada senior atas kroang, yang ni kenalah pandai main ayat sikit kalau nak mintak.

7. Disebabkan pelajar ASPer memang berada di universiti, segala keperluan pembelajaran memang lengkap. It’s UPM, It’s Research University. Soaring upwards! Tiba-tiba bersemangat. Haha

8. Jangan risau walaupun namanya Asasi Sains Pertanian, tapi bukanlah wajib ambik degree berkaitan pertanian sahaja, semua degree boleh dipohon.

Mungkin ada perubahan dari masa ke semasa, boleh rujuk laman web Pusat Asasi Sains Pertanian. Juga boleh baca artikel Halatuju.com iaitu Asasi Sains Pertanian UPM ….tidak semestinya akan jadi petani.


Till then. Good luck!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...