Mandi Manda di Tadom Hill Resort dengan Day Pass

Assalamualaikum.

Lama dah teringin nak menjejakkan kaki dan mandi di Tadom Hill Resort di Banting, Selangor. Selalu tengok kawan-kawan update Instagram mandi di tasik kat sana. Alhamdulillah, akhirnya ada juga kawan yang mengajak.


Kami drive ke sana dari UPM Serdang lebih kurang 41 km. Kami semua pertama kali nak ke Tadom Hill Resort, masing-masing tak tahu jalan ke sana jadi apa lagi Waze kan ada. Senang cuma ikut arahan Waze, sampailah kami di Tadom Hill Resort. Baru tahu rupanya Tadom Hill Resort tak jauh dari KLIA. Nasib baik tak tersinggah di Mitsui Outlet Park KLIA. Hehe.

Dari jalan utama macam tak ada apa-apa tapi bila dah sampai, kagum sekejap dengan resorts dalam kawasan ladang kelapa sawit, tasik jernih berwarna hijau dan faktor penarik ialah bukit batu kapur di hadapan tasik.


Uniknya Tadom Hill Resorts ni adalah semua struktur dibina dengan buluh. Tandas dengan bilik mandi pun ada unsur buluh. Sehinggakan detail yang kecil macam lampu yang moden pun digabungkan dengan buluh.

Kami datang hari Jumaat, jadi bayaran masuk untuk Day Pass cuma RM22 untuk dewasa tapi kami dapat harga RM18 untuk pelajar. Bayaran boleh dikatakan berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.


Tapi walaupun dah bayar day pass, kalau nak guna sesetengah kemudahan dalam ni still kena bayar, nasib naik nak guna tandas, bilik mandi dan surau tak kena bayar. Hmmmm. Kalau nak datang untuk buat BBQ kena bawa makanan yang dah masak lah, jimat. Hehe



Lepas dah selesai daftar, isi borang dan bayar kami terus tukar pakaian untuk mandi, kemudian pakai life jacket dan bermulalah misi mandi-mandi kami. Beg kami cuma letak tepi lifeguard hut sebab taknak bayar sewa untuk locker. Pandai-pandailah intai beg sekali sekala.



Kalau ke sini tak terjun dari pelantar kayu atas pokok dengan tak cuba Tarzan Swing memang rugi, tak lengkap orang kata. Tapi untuk orang ada acrophobia takut dengan ketinggian boleh kata rugilah.

Atas pelantar ni ada seorang lifeguard akan mengawasi orang yang naik ke pelantar untuk terjun. Cuma 5 orang dibenarkan untuk berada ada pelantar pada satu-satu masa. Kami datang pada hari hari bekerja jadi orang tak ramai dan kami tak perlu beratur.




Terjun dan main tarzan swing dua tiga kali cukuplah kot. Lepas tu habiskan masa berenang dengan terapung dalam air. Nak main rakit tapi ramai yang menunggu giliran jadi takpelah. Lagipun rakit tak ada paddle, kalau nak guna tangan buat penat je. Terapung tengah tasik sambil sembang memang seronok.


Mandi lama-lama pun penat juga sebenarnya. Itu ada safety jacket kalau tak ada lagi penat kena apungkan badan guna kaki dengan tangan. Lepas dah berendam 2 jam lebih, badan pun dah penat kami lepak bawah hut. Nasib baik ada bawa roti, lapar weh. Kalau datang jangan lupa bawa makanan. Kalau nak makan kat restoran dalam ni mungkin mahal.

Mandi, solat asar di surau buluh yang mengingatkat masa zaman kecik main buat rumah pondok dengan buat pondok atas pokok dulu. Selesai kat sini, kami bertolak balik.

guna Baem sabagai model ><

Tadom Hill Resort ni sesuai kalau nak datang chill, mandi, lepak ataupun berkelah dengan keluarga dan kawan-kawan, tapi kena keluarkan duit sikitlah sebab kena bayar bayaran day pass kalau kita tak menginap kat sini. Huhu.

ps: Gambar mandi dan dalam air tak ada sebab kami tak ada waterproof camera. Huhu

Until next time.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...