Pengalaman Hiking Bukit Tabur East

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, rancang dua minggu sebelum tak jadi, akhirnya hujung minggu kali ni dapat juga hiking Bukit Tabur di Taman Melawati, Gombak, Selangor. Sebelum ini asyik tengok kawan-kawan upload gambar di Instagram dan Facebook.  Kali ni dapat experience sendiri mendaki Bukit Tabur.


Drive dari UPM lebih kurang pukul 7 pagi, sampai dekat dengan pukul 8 pagi. Rancangan asal kami berlima nak hiking Bukit Tabur West, tapi bila sampai di pintu masuk ke Bukit Tabur West, baru tahu tak dibenarkan/ditutup untuk hiking Bukit Tabur West sementara waktu.

Ada seorang brother chinese datang beritahu kami yang Bukit Tabur West ditutup sementara sebab ada kerja pemasangan pagar besi di atas bukit. Katanya kalau berani, nak naik pun boleh je. Tapi kami tak berani nak naik, lagipun bawa dua orang kawan perempuan. Jadi kami tukar rancangan ke hiking Bukit Tabur East.

Kaw-kaw letak barricade tape. Huhu.

Untuk ke Bukit Tabur East, kami bermula dari pintu masuk Bukit Tabur West, ada tangga di sebelah kanan pintu masuk ke empangan, kena lintas sungai kemudian akan nampak dua paip besar empangan. Lagi senang kalau ikut dari jalan utama, cuma ikut paip ke penghujung.


Ikut paip sehingga penghujung akan jumpa pagar baru sebelah batang paip. Kalau tengok gambar di atas, yang diletakkan pin merah tu menunjukkan tempat bermula untuk mendaki Bukit Tabur East. Nampak macam pagar baru dipasang.

Kawasan corner di mana pagar bermula ada lubang, jadi kena ikut bawah pagar untuk masuk ke dalam pagar, berjalan sikit ke hadapan dan akan jumpa laluan untuk mula mendaki ke Bukit Tabur East.

Pelan pelan kayuh, jumpa di puncak.

Bila dah bermula untuk mendaki akan jumpa sign Tabur East dan akan jumpa pelekat pada daun yang ditulis "Pelan pelan kayuh, jumpa di puncak". Bagusnya orang yang buat guide ni, boleh elakkan dari sesat. Bila mendaki selain daripada pelekat daun akan jumpa plastik penanda yang diikat pada pokok. Itu menunjukkan kita di jalan yang benar.

 Sign menunjukkan trail ke Bukit Tabur East

Mula-mula trail tak susah tapi makin lama makin curam. Ada tali yang dah tersedia, gunakan tali masa memanjat batu dan pastikan kaki diletakkan di tempat yang stabil untuk elakkan tergelincir sebab ada batu yang berlumut dan licin.


Bila dah sampai ke check point yang ada seketul batu besar dan boleh nampak kawasan perumahan Taman Melawati dan pemandangan jauh bandar Lembah Klang, boleh berhenti rehat sekejap, minum air dan selfie.  Bagi yang acrophobia mungkin di sini lah point terakhir anda, sebab trail ke atas lebih curam dan mencabar.


Dua orang kawan kami gayat dan tak boleh lagi dah teruskan, katanya ketaq lutut dah. Hehe. Kami terpaksa tinggalkan dua orang kawan di check point pertama untuk kami bertiga teruskan mendaki sedikit lagi ke atas. Trail lepas check point ni agak curam. Teruskan sikit lagi dan akan mula nampak pemandangan empangan Klang.

It's getting steeper

Hike slowly, amazing view awaits

Living stones

Kami cuma mendaki ke check point yang mula nampak empangan, duduk sekejap nikmati pemandangan empangan dan bukit-bukau, ambil gambar dan turun semula ke bawah.


Bukit Tabur West?

Spectacular view of the Klang Dam

Enjoying the view

Kalau mendaki keatas sedikit lagi akan sampai ke kawasan landai iaitu puncak Bukit Tabur East. Tak apa lah tak dapat bergambar dengan sign Bukit Tabur East, mungkin lain kali.

Disebabkan dua orang kawan kami tak yakin untuk mendaki batu yang curam ke puncak, jadi kami terpaksa turun ke bawah melalui jalan yang kami naik.


Masa terserempak dengan kumpulan pendaki lain, mereka kata ada jalan turun lain bila dah sampai ke puncak. Jalan turun yang lebih senang. Walaupun katanya susah tapi tak apa lah, kami turun lah perlahan-lahan, insyaAllah selamat.

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke paip empangan tempat kami bermula mendaki tadi. Berehat sambil bersembang sekejap atas paip air dan balik semula ke kereta di pintu masuk Bukit Tabur West.

Bukit Tabur East done. Lepas ni boleh hiking Bukit Tabur West pulak.

Until next time.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...