Sains Ternakan Sains Haiwan UPM

Assalamualaikum.

Alhamdulillah tahun 2015 aku berjaya mendapatkan segulung sekeping ijazah Bacelor Pertanian (Sains Ternakan). Rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman sepanjang 4 tahun di Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian kepada adik-adik junior yang mencari informasi lanjut. Kalau tak silap untuk kemasukan 2015/2016, nama kursus Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) telah ditukar kepada Bacelor Sains Haiwan.

Sains Ternakan, Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia

KENAPA BERTUAH DAPAT JOIN SAINS HAIWAN UPM
Kepada adik-adik yang mendapat tawaran belajar di UPM, jutaan tahniah abang ucapkan kerana UPM merupakan universiti kedua terbaik di Malaysia mengikut QS World University Ranking. UPM juga adalah salah sebuah daripada 6 universiti penyelidikan di Malaysia. Jadi kemudahan pembelajaran dan penyelidikan di UPM adalah terbaik.

Bagi kursus Sains Haiwan, UPM adalah universiti pertama di Malaysia yang menawarkan kursus ini di bawah Fakulti Pertanian.

Pensyarah yang mengajar di Jabatan Sains Haiwan adalah pakar dalam bidang berkaitan Sains Haiwan. Kemudahan kelas dan makmal yang mencukupi di Jabatan Sains Haiwan dan kemudahan untuk menjalankan amali di ladang-ladang ternakan di bawah jabatan sains haiwan, fakulti pertanian dan taman pertanian universiti.

BASICALLY SAINS HAIWAN BELAJAR MENGENAI APA?
Sains ternakan akan fokus kepada haiwan ternakan/domesticated animals dalam ketegori haiwan ruminan (lembu, kambing, biri-biri, rusa, dll) dan haiwan bukan ruminan (ayam, arnab, kuda dll). Walaupun fokus utama sains haiwan adalah kepada haiwan ternakan tetapi ilmu yang dipelajari boleh juga diaplikasikan kepada haiwan peliharaan.


PEMBELAJARAN DI TAHUN PERTAMA
Tahun pertama dan kedua akan ambil kursus universiti dan kursus teras sains ternakan. Kursus-kursus asas sains  adalah sangat penting terutamanya Anotomi dan Fisiologi Haiwan Domestik I dan II, Pemakanan Haiwan Asas sebab akan menjadi prasyarat kepada kursus tahun kedua dan ketiga.

a year of anatomy and physiology of domesticated animals

Tips yang berguna, pastikan skor subjek-subjek asas sains ternakan seperti anatomi dan fisiology dan pemakanan haiwan, kalau skor subjek ni insya’Allah subjek yang diambil seterusnya memang tak ada masalah sebab asas dah kuat.

TAHUN KEDUA
Tahun kedua akan mula ambik subjek teras yang khusus kepada haiwan ternakan seperti Genetik Haiwan, Pembiakan Haiwan, Sains Poltri, Sains Tenusu, Sains Haiwan Pedaging, Sains Babi.

pig farm visit

TAHUN KETIGA DAN KEEMPAT
Tahun ketiga dan keempat akan mula ambil kursus elektif yang ditawarkan oleh jabatan. Kursus elektif lebih terperinci berbanding kursus teras. Contohnya kursus teras belajar sains poltri, tapi di kursus elektif ada produksi ayam pedaging dan produksi ayam penelur, jadi akan belajar lebih terperinci terutamanya aspek pengurusan.



with our poultry production sifu, dr. A.

Kursus elektif tak perlu ambil semua, tapi ditentukan berapa kredit perlu daripada kursus dalam kategori elektif (kalau dulu 32 kredit), mungkin sekarang berubah. Boleh pilih subjek mana yang diminati, tapi kadang2 terpaksa ambil juga sebab kursus elektif tak semestinya dibuka setiap semester ada setahun sekali, apa pun boleh berbincang dengan pensyarah yang mengajar.

PROJEK TAHUN AKHIR/FINAL YEAR PROJECT
Semester 6 dan Semester 7 perlu ambil subjek Projek Tahun Akhir ataupun Final Year Project (FYP) selama dua semester. Kalau nak bercerita mengenai FYP ini pun panjang boleh baca mengenai FYP Sains Haiwan di blog.

my final year project on environment effects on milk quality

SEMESTER TERAKHIR/SEMESTER 8
Latihan industri / Industrial training selama 12 minggu di industri ruminan dan 12 minggu di industri bukan ruminan. Jadi keseluruhan adalah selama 24 minggu.

ladang ayam penelur (latihan industri bukan ruminan)

TIPS PENTING UNTUK EXCEL SAINS HAIWAN
Untuk dapatkan cgpa yang bagus, kena mula dapatkan gpa yang tinggi untuk setiap semester bermula dari semester satu, makin banyak semester, walaupun gpa tinggi takkan merubah banyak cgpa. Untuk setiap subjek, pastikan dapat markah tinggi untuk test 1 (20%), test 2 (20%), kerja kursus/amali/presentation/dll (20%), dan final exam (40%). Lebih kurang macamtulah untuk setiap subjek. Pastikan skor dari awal semester lagi.

How to score? Easy! Give attention during lecture, revision, ask if can’t understand, revision before test/exam!  Simple huh? Hehe Honestly, I don’t do much study/revision but I listened to the lecture.

SERONOK KE TAK SAINS HAIWAN?
Kalau ada minat memang seronok, kalau tak ada minat pun lama-lama akan terminat juga. Haha Sains Ternakan tak bosan macam sesetengah kursus yang hanya belajar teori dalam kelas, tetapi ada amali makmal dan amali ladang, oh amali ladang memang dinanti-natikan.

hari pertama pakai coverall XD

Subjek pengurusan ekuin, kami belajar banyak mengenai pengurusan kuda dan stable kuda, amali yang mencabar. Mulanya memang takut nak dekat dengan kuda, aku yang 177cm ni pun kuda lagi tinggi dari aku.

Kami batch terakhir yang diajar oleh Prof ZA, pakar pemakanan haiwan dan pakar kuda, seorang yang tegas. Masa dipilih untuk pakaikan head collar, leading rope pada kuda dan keluarkan kuda daripada stable, ketaq lutut, tapi alhamdulillah boleh buat.


Amali paling seronok ialah amali pemerahan susu lembu selama 2 hari di hujung minggu untuk subjek Sains Tenusu. Satu kumpulan dulu 4 orang, 14 minggu kuliah jadi akan ada 14 kumpulan. Kena bangun pagi-pagi untuk sesi pemerahan susu pada waktu pagi, buat kerja sampai  tengahari dan datang balik sebelah petang untuk sesi pemerahan susu pada sebelah petang.

Milking parlour at ladang 16, Taman Pertanian Universiti (TPU) UPM


INTERAKSI DENGAN HAIWAN
Ketika amali dapat bermain dengan haiwan dan anak haiwan yang comel memang seronok dan dapat menghilangkan stress. Main-main jugak tapi kena bagai perhatian lah ketika lecture, discussion dan praktikal di ladang.


p/s: please study hard but don’t forget to enjoy, make a great memories for your 4 years degree life.
Anything to ask, just drop your comment below.

For more information on Animal Science UPM go to http://www.agri.upm.edu.my/jabatan/jabatan_sains_haiwan-4266

XD

2 comments:

  1. thank you for your sharing. aku memang minat haiwan. dulu mohon upm masa habis spm tapi takde rezeki nak asasi kat situ. dapat perikanan. best gile jugak. so sekarang nak tambah majukan diri dalam bidang haiwan. target nak masuk upm jugak haha.

    ReplyDelete
  2. As salam...nais info...ad lgi x u pnye lect note and so all...can i hv it ???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...