Hiking Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan

Alhamdulillah. Kali ini berpeluang hiking dengan Syahmi di daerah Rembau, Negeri Sembilan untuk misi mendaki Gunung Datuk. Rasanya lebih kurang dalam sebulan jugak merancang untuk memilih tarikh yang sesuai, akhirnya kami dapat juga sampai dan selamat mendaki Gunung Datuk pada cuti Hari Pekerja.


Kami bertolak dari Serdang pada pukul 6 pagi dan sampai di kaki Gunung Datuk pada pukul 7.30 pagi melalui lebuhraya PLUS. Jalan untuk sampai ke kaki Gunung Datuk tak susah dan kami terus guna GPS untuk memudahkan kami sampai cepat tanpa kesesatan yang nyata.

Sebelum mula mendaki pastikan buat aktiviti regangan dahulu untuk memanaskan otot-otot kaki terutamanya dan mengelakkan berlaku kecederaan semasa mendaki. Setiap pendaki perlu membayar RM5 permit untuk mendaki Gunung Datuk dan bayaran boleh dibuat di pondok renjer hutan yang boleh ditemui awal pendakian.


Ini adalah kali pertama untuk aku mendaki Gunung Datuk dan kali kedua bagi Syahmi. Jadi senanglah sebab Syahmi ada pengalaman mendaki Gunung Datuk sebelum ni. Tapi walaupun tak ada penunjuk arah, trek mendaki Gunung Datuk adalah jelas, jadi agak susah untuk tersesat. Tambahan kebiasaanya memang ramai orang yang mendaki terutamanya pada hujung minggu.

Ketinggian Gunung Datuk adalah 844 meter / 2900 kaki tapi trek mendaki adalah sejauh lebih kurang 2 KM. Banyak trek yang agak curam pada separuh mula pendakian dan kemudian trek lebih mendatar ke arah puncak. 2 KM macam tak jauh kan, tapi 2KM mendaki adalah sangat jauh. Baby steps.


Kami mengambil masa selama 2 jam 15 minit untuk sampai ke puncak Gunung Datuk. Agak lama disebabkan Syahmi berhenti banyak kali, tak cukup nafas katanya. Lepas ni kena selalu jogging dan jaga makan lah Mi. Haha Pada mulanya aku target untuk sampai dalam masa 1 jam 30 minit. Haha

Semasa mendaki trend yang aku suka adalah menegur pendaki lain dengan memberi salam dan bagi kata semangat tak kira bangsa. Mungkin ni perkara baru bagi aku sebab ini adalah kali pertama mendaki gunung, sebelum ini cuma bukit sahaja. Bagus untuk pendaki yang turun untuk memberi semangat kepada pendaki yang sedang mendaki. Cuma janganlah bagi harapan palsu. Kalau perjalanan lagi 30 minit untuk sampai puncak jangan cakap lagi 10 minit. Huhu


Bila dah sampai ke puncak ada kawasan rata dan lapang, kami berehat sekejap sebelum meneruskan ke misi utama. Berehat sambil makan pisang dan minum air dulu. Ramai yang berehat di kawasan lapang ni sekejap sebelum meneruskan misi utama iaitu mendaki batu di puncak Gunung Nuang.

3 pin 15A soket ni memang rare


Kalau dah sampai sini tak naik ke batu rugilah, ye dak? Ada 3 level yang perlu didaki dengan tangga untuk sampai ke puncak. Cuma kena beratur lah untuk menunggu giliran menaiki tangga. Kadang-kadang rasa takut dan gayat tu bukan sebab ketinggian, tapi masa menaiki tangga, tangga tu menyenget ke tepi, seram.

tangga kedua

Aku dan Syahmi cuma naik sampai ke level 2, tak teruskan untuk naik ke puncak batu di level 3 sebab ramai sangat orang dan kena menunggu lama untuk naik dan turun. Kalau ramai-ramai ni aku terbayang kalau ada orang lain yang nak terjatuh then pegang aku, dengan aku sekali jatuh ke bawah. Haha. Lepas ni insyaAllah datang weekdays jadi orang tak ramai dan boleh stay lama atas ni.

tangga ketiga untuk naik ke puncak batu


Waktu kami ada di sini cuaca mendung, jadi tak ada rezeki untuk tengok Selat Melaka dari puncak Gunung Datuk ni. Lepas dah puasa enjoy the view dan ambil gambar, kami pun turun semula ke kawasan tanah lapang untuk berehat sekejap dan makan kerepek ubi kayu. Lepas tu kami bersedia untuk mula turun ke bawah.


Ingatkan waktu turun dari Gunung Datuk dah tak melawan graviti tak ada masalah lah untuk turun ke bawah tapi rupanya lagi seksa sebab masa turun kena juga pakai otot kaki untuk brek. Aku berlari perlahan untuk turun ke bawah supaya tak perlu brek kaki.

heading down

Dekat sejam juga untuk turun ke bawah campur dengan rehat sekali di separuh perjalanan. Akhirnya, sampai juga kami di bawah, rehat sekejap di bawah untuk keringkan peluh dan mandi di masjid. Balik ke Serdang dan tidur sejam dua. InsyaAllah next time kalau ada kesempatan datang lagi untuk pecah rekod masa mendaki.

Menanti untuk mendaki gunung seterusnya :)

4 comments:

  1. Fuh! Kalau aku yang pergi tak tahulah berapa lama nak sampai haha..lepas tuh nak panjat batu tuh? err..tengok gambar pon dah gayat. hehe

    ReplyDelete
  2. best nyerr... tp sy kena betul2 fit ni kalau nk panjat... ;-)

    ReplyDelete
  3. Uikk boleh plak Ada something kt pokok?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...